Saturday, January 29, 2011

Pindah lagi.. =.=


Assalamualaikum semua!...
aku nak umum yang aku dah berpindah ke Wordpress balik...
huahh!!..
tp xpe....
kepada followers tegar aku.. (perasan)
sila follow blog baru aku located @ www.wacava.net
haaa.. ajak member  ramai2.. p follow web baru uh... ^^,


www.wacava.net

pegi2!!.. aku akan umum pemenang contest kucing tu kat sane insya Allah

Sunday, January 23, 2011

Gelombang 1Malaysia.com


Assalamualaikum dan salamsejahtera....
baru-baru ini pengguna facebook digemparkan dengan satu khabar angin yang agak mengarut mengenai
Facebook akan tamatkan perkhidmatannya pada 15 Mac 2011 ini.
Ada segelintir pengguna facebook langsung tidak percaya akan khabar angin itu.
dan majority pengguna facebook percaya akan khabar angin tersebut...
aku dengar-dengar bahawa Mark Zuckerberg sudah mengumumkan yang khabar angin tersebut ialah palsu...
Wallahuallam

Entri aku kali ini tidak mengisahkan tentang khabar angin tersebut...
aku ingin membuat satu review tentang laman sosial tempatan kita 
yang baru dilancarkan pada tahun ini iaitu
1Malaysia.com yang berpegang pada moto
Connecting People To People
dan laman sosial ni sudah tersebar tahap gabann~!!
baru je beroperasi sudah menerima ribuan pengguna

Homepage 1Malaysia.com yang baru

Awal-awal pelancaran laman sosial tempatan ini sudah mendapat terlalu banyak kritikan dari pengguna. Antara isu yang dipersoalkan oleh pengguna ialah design laman sesawang ini menyerupai seakan-akan laman sosial Facebook ciptaan Mark Zuckerberg. Bukan itu saja, fungsi yang terdapat dalam 1Malaysia.com juga mirip-mirip Facebook.com. Mungkin anda tidak tahu bahawa setiap laman sosial yang berlambak-lambak di internet membawa konsep yang sama iaitu untuk bersosial. Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah memberi sedikit sokongan kepada usahawan tempatan untuk mengharumkan nama negara. Kita selalu condemn kebanyakkan usahawan tempatan yang cuba untuk melakar nama mereka dipersada dunia. Bagi aku, itu merupakan tindakan yang teramatlah bodoh. Untuk memajukan sesuatu produk, mereka memerlukan sokongan dari pengguna.Tanpa sokongan, buat apa nak bertungkus lumus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna?. 

Setiap ciptaan mempunyai kebaikan dan keburukkan
Memang kita tak dapat lari dari perkara tu.
Begitu juga 1Malaysia.com

Kelebihan
-CSS akan membantu anda untuk meningkatkan daya kretiviti minda anda. 1Malaysia.com menyediakan satu servis untuk menghias ruangan profail anda supaya ianya kelihatan lebih ceria. Anda tidak perlu buntu untuk mencari code CSS kerana ianya boleh dicari di Google. http://lmgtfy.com/?q=friendster+layout
-Semua member 1malaysia.com akan mengikuti perkembangan anda!. Ini kerana setiap kali anda update status anda, ianya akan tertera diruangan "what's new" dan ianya boleh dilihat oleh semua pengguna 1malaysia.com
-Anda juga dapat berkongsi music dan video dengan pengguna 1Malaysia.com. Setiap kali anda upload lagu atau video di 1Malaysia.com, 1Malaysia.com akan menghebahkannya di ruangan 'What's new'. 
-Ruangan forum tersedia untuk para  pengguna yang ingin berdiskusi sebarang isu!. Haaaa.. jangan berpolitik sudah!..

Kekurangan
-Kadang-kadang untuk load laman sosial ini, agak memakan masa kerana server sudah berat daa.. 
-Tiada games untuk menghilangkan bosan pengguna. Menurut pemilik 1Malaysia.com, diorang sedang develope game diorang. Jadi, just wait n see. ya?!
-Terlalu ramai pengguna yang condemn 1Malaysia.com dengan kritikan pedas diorang kat 'what's new' dan ianya agak menyakitkan hati pengguna lain juga.
-Music yang diupload oleh pengguna di laman sosial ni boleh dikira sebagai lanun. Setiap lagu yang diupload ada copyright tersendiri. Tergugat jugak beb para penyanyi. Penat-penat dowg cari pasaran utk jual album dia, senang-senang je korang ciplak kat sane ye?!sebenarnya isu ni tidak diutarakan sangat oleh aku pun.. korang pun download lagu kat internet je.. 4shared.com, mcm2 lg la.. sonang2 jo....
- xde ruangan untuk chat!!.. aaa.. admin ade inform baru2 ni yang chatroom terpakse dibuang...

Tips
- Kepada peniaga,blogger,vlogger, ape-ape je.. korang boleh mempromosikan produk anda di laman tersebut. Seriosly beb!, mesti maju korang punye perniagaan...
- Haaa!! ni rahsia . skang dah tak jadi rahsia.. niatnya aku nak buat sendiri.. tapi terasa malas pula. Korang boleh buat satu laman web (pakai blogger.com pun boleh) untuk menyediakan layout 1malaysia.com. korang create la 1Malaysia Layout punya blog kat blogger tu.. mesti traffic jam punye!.. followers mesti ramai... letak ads, duit masyuukk!!... ok, sekarang kepada blogger atau sape2 yang bace ni, pegi buat sekarang!... jadi orang yg pertama! huehh!! (kalau korang bernasib baik, si founder 1malaysia.com akan umumkan kewujudan laman web korang)

Last but not least, kepada admin atau moderator 1Malaysia.com yang bace entri aku ni. Kalo ada tersalah info, maafkan aku le.. hamba jugak manusia... review aku ni dari sudut pandangan pengguna.. saya juga pengguna, seperti anda~  ^^, dan kepada condemners dan commenters pedaser terhadap 1malaysia.com, admin perlukan sokongan dari anda je... tu je.... 


Wallahuallam

Thursday, January 13, 2011

Ana Raffali?. Layak ke?.


 Kalau dinilai dari segi kekuatan lirik, mmg Ana Raffali berhak menjadi juara AJL25. Lirik yang indah ini direka oleh penyanyinya sendiri memang satu perkara yang boleh membuat kita teruja. Tanyalah pelajar Kesusasteraan Melayu serendah tahap SPM, perasaan teruja ketika menghayati seni kata ini pasti wujud dalam diri mereka.


Tolong Ingatkan Aku
Penyanyi : Ana Raffali
Lirik : Ana Raffali
Komposer : Ana Raffali

 
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Saturday, January 8, 2011

Adf.ly - dapatkan duit hanya dengan memendekkan URL anda.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ini aku ingin berkongsi satu program pengiklanan yang amat mudah untuk dijalankan..
Kalau korang tiada blog pun, korang dapat sertai program ni.

Logo Ads.ly

Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk menggunakan servis adf.ly ini bahkan mereka yang akan membayar anda jika anda menggunakan servis mereka. Adf adalah satu lamanweb yang membolehkan anda memendekkan url anda (shortened url) menjadi lebih ringkas. Ya!, setiap kali ada yang mengklik url yang anda telah pendekkan menggunakan adf.ly, anda akan dibayar terus. 

Sebagai contoh, aku akan memendekkan url ni (http://tintahanifah.blogspot.com/2010/12/contest-kucingku-temanku.html) menjadi kepada ni (http://adf.ly/FSou). Senang bukan?. Yang paling buat aku teruja ialah, kita akan dibayar dengan wang USD!. Pembayaran minimum ialah $5 USD, mereka akan masukkan wang secara automatik kedalam akaun paypal anda apabila pendapatan korang mencecah $5. Anda juga boleh memendekkan sebarang url!.

Macam mana nak mula?
- Daftar akaun paypal anda di http://www.paypal.com
- Daftar akaun Adf.ly di http://adf.ly/
- Shrink link anda
- Sebarkan!

Tips :
- Tak semestinya korang perlukan blog untuk menggunakan servis ni. Ianya berbeza dengan pengiklanan Nuffnang dan sekutunya.
- Korang boleh shrink link video youtube dan sebarkan diwall facebook korang.
- Tweet kat twitter pun satu idea yang bernas!.
- Gunakan adf.ly sebagai medium utama anda untuk menyebarkan sebarang laman web. Tak semestinya korang perlu jadi owner sesentegah web tu baru boleh gune adf.ly. Korang boleh shrink laman google juga.
- Create satu group kat facebook. Sebarkan pengaruh group tersebut. Bila sampai 4k member, message all member dengan link adf.ly

Tapi Ingat! :
- Jangan buat spam bodoh kat wall facebook page atau profile orang lain
- Cover la sket.. Jangan la bg nampak sangat kite kejar duit gune adf.ly

Sekadar perkongsian. Aku pun baru je guna ni. Ngeeheee!!..

Sunday, January 2, 2011

New world. New lifestyle. New way of life.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ada diantara anda yang terpaksa pergi ke sekolah esok..
ghiahhh!!!
hahaha... sorry la der, aku dah habis upper form dah..
ngeeheheee.. Teeehee!!

Canon ImageRunner 7500

Yaaa!!!... aku dah mula bekerja sebagai photostater (apekah!) hahaa... Aku keje dengan satu syarikat (betul ke?) perkhidmatan pencetakan yang berdekatan rumah aku. aaa... MSR Ikhwah ada 2 cawangan. Satu cawangan kedai fotostat (gambar) dan satu lagi cybercafe. Kadang-kadang aku keje kat kedai fotostat. Kadang-kadang kat cc. HaHaHaHa!!....

Aku agak tak biasa bekerja ni. Maklum la, 2 minggu lepas habis exam terus pi cari kerja. Sebenarnya perancangan awal aku untuk kerja dengan MSR Ikhwah pada awal tahun ni. Oleh kerana laptop aku buat hal 3 hari selepas SPM (sehari selepas aku subscribe Streamyx). Aku jadi bosan dan jadi agak sawan coz tak tahu nak buat ape kat umah. He He He...

Jadi sekarang aku dah jadi Pekerja, bukan pelajar.. hahahah!!.. (berangan kerja besar, padahal keje picit button mesin fotostat je.. haha!!)..

aaa.. ok tu je kot... tata~ ^^,

Thanks Canonical!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada 10/10/2010, Salah satu distro Linux iaitu Ubuntu telah mengumumkan Versi Terbaru ubuntu Iaitu Ubuntu (Maverick Meerkat) 10.10 (Ubuntu Perfect 10).
Bulan lepas aku telah request CD dari Ubuntu dan ari ni aku dah dapat CD tu secara percuma!!...

    
me with Perfect 10

10.10 bukan versi pertama yang aku guna. 9.4 (Karmic Koala) merupakan versi ubuntu sulong aku. Ha Ha Ha!. Agak lewat sedikit aku menggunakan Ubuntu berbanding dengan pengguna Ubuntu lain. Ngehehee.. 

Mungkin ada diantara anda tak tahu apekejadah Ubuntu ni. Ubuntu merupakan salah satu Operating System yang terhangat dipasaran. Alaaa.. xkan operating system tak tahu. Windows yang korang pakai tu orang panggil Operating System lah!.. Kira Ubuntu ni dari golongan Windows, Mac, dan lain-lain. "Apa perbezaan Linux dengan Ubuntu?".. =.=', Ubuntu merupakan salah satu distro Linux. Kire anak Linux la. Linux ada ramai anak. Sabily (OS Islam), Debian, Kubuntu, dan lain-lain (nak tahu lebih tanya Google, aku baru suku tahun jagung pasal Linux ni).

Ubuntu agak mesra alam. Korang tak payah pikir langsung tentang Anti-Virus yang korang nak Install, drivers, atau registry. Software yang ditawarkan kepada pengguna Ubuntu adalah percuma!. Thats mean korang tak payah susah payah jumpe google untuk mintak "Free Serial key" atau "Patch" software tertentu. ^^,

dan yang paling penting!, Linux For Human Beings!