Sunday, January 23, 2011

Gelombang 1Malaysia.com


Assalamualaikum dan salamsejahtera....
baru-baru ini pengguna facebook digemparkan dengan satu khabar angin yang agak mengarut mengenai
Facebook akan tamatkan perkhidmatannya pada 15 Mac 2011 ini.
Ada segelintir pengguna facebook langsung tidak percaya akan khabar angin itu.
dan majority pengguna facebook percaya akan khabar angin tersebut...
aku dengar-dengar bahawa Mark Zuckerberg sudah mengumumkan yang khabar angin tersebut ialah palsu...
Wallahuallam

Entri aku kali ini tidak mengisahkan tentang khabar angin tersebut...
aku ingin membuat satu review tentang laman sosial tempatan kita 
yang baru dilancarkan pada tahun ini iaitu
1Malaysia.com yang berpegang pada moto
Connecting People To People
dan laman sosial ni sudah tersebar tahap gabann~!!
baru je beroperasi sudah menerima ribuan pengguna

Homepage 1Malaysia.com yang baru

Awal-awal pelancaran laman sosial tempatan ini sudah mendapat terlalu banyak kritikan dari pengguna. Antara isu yang dipersoalkan oleh pengguna ialah design laman sesawang ini menyerupai seakan-akan laman sosial Facebook ciptaan Mark Zuckerberg. Bukan itu saja, fungsi yang terdapat dalam 1Malaysia.com juga mirip-mirip Facebook.com. Mungkin anda tidak tahu bahawa setiap laman sosial yang berlambak-lambak di internet membawa konsep yang sama iaitu untuk bersosial. Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah memberi sedikit sokongan kepada usahawan tempatan untuk mengharumkan nama negara. Kita selalu condemn kebanyakkan usahawan tempatan yang cuba untuk melakar nama mereka dipersada dunia. Bagi aku, itu merupakan tindakan yang teramatlah bodoh. Untuk memajukan sesuatu produk, mereka memerlukan sokongan dari pengguna.Tanpa sokongan, buat apa nak bertungkus lumus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna?. 

Setiap ciptaan mempunyai kebaikan dan keburukkan
Memang kita tak dapat lari dari perkara tu.
Begitu juga 1Malaysia.com

Kelebihan
-CSS akan membantu anda untuk meningkatkan daya kretiviti minda anda. 1Malaysia.com menyediakan satu servis untuk menghias ruangan profail anda supaya ianya kelihatan lebih ceria. Anda tidak perlu buntu untuk mencari code CSS kerana ianya boleh dicari di Google. http://lmgtfy.com/?q=friendster+layout
-Semua member 1malaysia.com akan mengikuti perkembangan anda!. Ini kerana setiap kali anda update status anda, ianya akan tertera diruangan "what's new" dan ianya boleh dilihat oleh semua pengguna 1malaysia.com
-Anda juga dapat berkongsi music dan video dengan pengguna 1Malaysia.com. Setiap kali anda upload lagu atau video di 1Malaysia.com, 1Malaysia.com akan menghebahkannya di ruangan 'What's new'. 
-Ruangan forum tersedia untuk para  pengguna yang ingin berdiskusi sebarang isu!. Haaaa.. jangan berpolitik sudah!..

Kekurangan
-Kadang-kadang untuk load laman sosial ini, agak memakan masa kerana server sudah berat daa.. 
-Tiada games untuk menghilangkan bosan pengguna. Menurut pemilik 1Malaysia.com, diorang sedang develope game diorang. Jadi, just wait n see. ya?!
-Terlalu ramai pengguna yang condemn 1Malaysia.com dengan kritikan pedas diorang kat 'what's new' dan ianya agak menyakitkan hati pengguna lain juga.
-Music yang diupload oleh pengguna di laman sosial ni boleh dikira sebagai lanun. Setiap lagu yang diupload ada copyright tersendiri. Tergugat jugak beb para penyanyi. Penat-penat dowg cari pasaran utk jual album dia, senang-senang je korang ciplak kat sane ye?!sebenarnya isu ni tidak diutarakan sangat oleh aku pun.. korang pun download lagu kat internet je.. 4shared.com, mcm2 lg la.. sonang2 jo....
- xde ruangan untuk chat!!.. aaa.. admin ade inform baru2 ni yang chatroom terpakse dibuang...

Tips
- Kepada peniaga,blogger,vlogger, ape-ape je.. korang boleh mempromosikan produk anda di laman tersebut. Seriosly beb!, mesti maju korang punye perniagaan...
- Haaa!! ni rahsia . skang dah tak jadi rahsia.. niatnya aku nak buat sendiri.. tapi terasa malas pula. Korang boleh buat satu laman web (pakai blogger.com pun boleh) untuk menyediakan layout 1malaysia.com. korang create la 1Malaysia Layout punya blog kat blogger tu.. mesti traffic jam punye!.. followers mesti ramai... letak ads, duit masyuukk!!... ok, sekarang kepada blogger atau sape2 yang bace ni, pegi buat sekarang!... jadi orang yg pertama! huehh!! (kalau korang bernasib baik, si founder 1malaysia.com akan umumkan kewujudan laman web korang)

Last but not least, kepada admin atau moderator 1Malaysia.com yang bace entri aku ni. Kalo ada tersalah info, maafkan aku le.. hamba jugak manusia... review aku ni dari sudut pandangan pengguna.. saya juga pengguna, seperti anda~  ^^, dan kepada condemners dan commenters pedaser terhadap 1malaysia.com, admin perlukan sokongan dari anda je... tu je.... 


Wallahuallam