![]() |
Amirul Hanafi 17 Y.O Kota Bharu Proud to be Kelantanese Anti-Racism Support 1Malaysia |
Pengenalan
Mungkin ada diantara anda yang tak tahu maksud tinta. Tinta adalah perkataan arab yang membawa maksud dakwat. Dakwat amat sinonim dengan penulisan. Sebab tu aku pilih perkataan tinta untuk jadikan nama blog aku. Hanifah pula sama maksud dengan Hanafi (nama aku). Aku pun tak tahu kenapa. Korang pernah dengar tokoh Islam bernama Imam Abu Hanifah, bukan?. Nama asal beliau ialah Nukman bin Thabit yang berketurunan parsi. Nama beliau diambil sempena nama anak beliau Hanafi. Menurut buku Pendidikan Islam (SPM) terbitan Sasbadi Sdn. Bhd. Hanifah bermaksud cenderung kepada agama. Beliau sentiasa membawa tintanya ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dicari. Berani nok mimpi pula merupakan loghat kelantan yang bermaksud Berani Untuk Bermimpi atau dalam bahasa Italy pula Dare to Dream. Itu sahaja sedikit sebanyak info tentang blog aku.