Sunday, January 2, 2011

New world. New lifestyle. New way of life.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ada diantara anda yang terpaksa pergi ke sekolah esok..
ghiahhh!!!
hahaha... sorry la der, aku dah habis upper form dah..
ngeeheheee.. Teeehee!!

Canon ImageRunner 7500

Yaaa!!!... aku dah mula bekerja sebagai photostater (apekah!) hahaa... Aku keje dengan satu syarikat (betul ke?) perkhidmatan pencetakan yang berdekatan rumah aku. aaa... MSR Ikhwah ada 2 cawangan. Satu cawangan kedai fotostat (gambar) dan satu lagi cybercafe. Kadang-kadang aku keje kat kedai fotostat. Kadang-kadang kat cc. HaHaHaHa!!....

Aku agak tak biasa bekerja ni. Maklum la, 2 minggu lepas habis exam terus pi cari kerja. Sebenarnya perancangan awal aku untuk kerja dengan MSR Ikhwah pada awal tahun ni. Oleh kerana laptop aku buat hal 3 hari selepas SPM (sehari selepas aku subscribe Streamyx). Aku jadi bosan dan jadi agak sawan coz tak tahu nak buat ape kat umah. He He He...

Jadi sekarang aku dah jadi Pekerja, bukan pelajar.. hahahah!!.. (berangan kerja besar, padahal keje picit button mesin fotostat je.. haha!!)..

aaa.. ok tu je kot... tata~ ^^,