Wednesday, December 8, 2010

Laman Sosial Facebook akan diblock oleh Kerajaan Malaysia?


Assalamualaikum..
arghh!!! biar betik Malaysia nak block Facebook...



Aku hairan kenapa Malaysia nak block Facebook.. adakah kerana banyak page yang antikerajaan? menggugat kedudukan kerajaan tersedia ada di Malaysia?. Atau untuk mengelakkan pihak tertentu mengadakan perhimpunan haram di alam maya?... aku dengar cite, baru cadangan... kerajaan nak block demi keselamatan negara. Wallahuallam...

Jika perkara ni betul2 berlaku.. ianya akan memberi kesan (negative) yang besar kepada masyarakat. Contohnya, ada individu yang berniaga di facebook.... jika facebook di block, ibarat pihak kerajaan membubuh pasir dlm periuk nasi mereka... bukan kah meniaga melalui Internet sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi negara?...

"Buat laman web la...", "Buat blog la...".. blaa bla blaa...
yep.. tapi persoalannya, mcmane nak mempromosikan laman web dan blog tu?.... bukankah lebih senang dipromosikan melalui facebook? di wall, atau boleh mencipta fan page atau community page tersendiri?....

Ini juga menghalang kita untuk berkomunikasi dengan lebih mudah... aku duduk dalam rumah (tak perlu merantau jauh) dapat mencari kawan serata negeri bahkan diluar negara.... kerajaan bakal memutuskan hubungan silaturrahim... setuju?.....

Ramai anak muda sekarang ni menyebarkan hasil karya mereka di facebook seperti lukisan, blogging, dan juga vlogging.... facebook di boleh dikatakan sebagai.. Induk komunikasi masakini.. kenapa aku  kata begitu?.. Blogger ada facebook, artis ada facebook, kontraktor ada facebook, kerani ada facebook, cikgu ada facebook, wartawan ada facebook, hampir semua masyarakat yang celik IT ada facebook.. cuba bayangkan, betapa kecewa diorang jika kerajaan menyekat penghubungan yg lebih mudah?..

Ini hak rakyat..... Internet ialah dunia tanpa batasan..... jangan mengubah definisi internet.. kalau betul-betul nak menyekat sesuatu di internet, sila sekat pornography... betapa banyak laman porn yang ada kat internet.. Malaysia masih mampu mengakses laman tersebut.... (atau mungkin 'mereka' merupakan porn suffers? oopss!!)...

Tindakan ini juga menghalang ramai pendakwah, ustaz, motivator menyebarkan dakwah atau motivasi mereka... Tanpa facebook aku tak kenal Ustaz Kazim Elias.. arghh!!.... banyak artikel yang berkaitan keagamaan boleh didapati di facebook (hasil ehsan perkongsian oleh facebookers).....

Kesimpulannya, jika kerajaan bersetuju untuk melaksanakan cadangan ni.... aku boleh kata, "Welcome to Barbarian Age".. atau.... "Welcome to Ancient World" hahah!!.. Wallahuallam... sekadar pendapat dari sudut pandangan aku....

Link :
http://www.facebook.com/pages/20juta-rakyat-Bantah-FB-ditutup/175699652450042